Popular Posts

Monday, October 4, 2010

TEORI PELAZIMAN OPERAN (BURRHUS F.SKINNER)

Teori Pelaziman Operand (Burrhus F. Skinner, 1904-1990)
-Operan bermaksud bertindak ke atas
-Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan gerak balas kerana organisme itu mengoperat ke atas persekitarannya
-Organisme mempunyai pilihan bertindak/tidak kerana bergerak balas menentukan rangsangan (makanan) diberikan.


Prinsip-prinsip Pelaziman Operan

1. Peneguhan
-Peneguhan positif
-Peneguhan negatif

2. Denda


1. Peneguhan Positif

  • Rangsangan yang menambah kebarangkalian tingkahlaku itu akan berlaku
Generalisasi

  • Peneguhan hampir sama dengan peneguhan asal boleh menghasilkan gerak balas yang sama

Diskriminasi

  • Organisme bergerakbalas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak pada peneguhan lain

Penghapusan

  • Gerakbalas berperingkat terhapus apabila peneguhan/ganjaran tidak diberikan

Pembentukan Tingkahlaku

  • Skinner (1951)-berasaskan pelaziman operanmemperkembangkan teknik pembentukan bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku
Contoh

  • Reaksi pendengar mempengaruhi penceramah.                                                        -Pelajar-pelajar mengangguk kepala menyebabkan penceramah bergerak lebih cepat dalam kelas.

2. Peneguhan Negatif

  • Rangsangan yang menyakiti mewujudkan tidak selesa menambahkan kebarangkalian tingkahlaku akan berlaku


Denda

  • Rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian gerakbalas/tingkahlaku terhasilkurang/dihapuskan


Jadual Peneguhan

  • Skinner – cara peneguhan yang diberi boleh mempengaruhi gerak balas/respon
Skinner cadang 2 jenis peneguhan
  1. Peneguhan berterusan
  2. Peneguhan berkala

Peneguhan berterusan

Setiap kali gerak balas dihasilkanorganisme menerima ganjaran/peneguhan

Peneguhan berkala

  • Ganjaran/peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu/masa tertentu
  • Ganjaran diberi mengikut nisbah
  • Ganjaran diberi mengikut masa


Menurut Nisbah
  1. Nisbah tetap – peneguhan setelah beberapa gerakbalas
    • Nisbah 20:1
    • Setiap 20 gerakbalassatu peneguhan
  2. Nisbah berubah – peneguhan diberi setelah gerak balas wujud tetapi tidak tetap
    • Nisbah 20:1 atau 10:1

    Menurut Masa


    • Masa tetap -Peneguhan  diberi pada akhir masa  ditetapkan.
    • Dalam I minitpeneguhan diberikan kepada gerak balas selepas 1 minit.
    • Masa berubah - Peneguhan diberi pada  akhir masa yang ditetapkan  tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerakbalas.

    Aplikasi Teori Skinner dalam bilik darjah


    • Memberi peneguhan positif pada tindakan baik
    • Ganjaran sesuai dengan kesukaran pembelajaran
    • Berhati-hati memberi peneguhan negatif
    • Latihan berulang untuk pengukuhan pembelajaran
    • Keutamaan dalam latihan yang mewujudkan pengukuhan

No comments:

Post a Comment