Popular Posts

Saturday, October 9, 2010

KAEDAH PENGAJARAN

KAEDAH PENGAJARAN

Abd Ghafar Md. Din (2003) Prinsip dan amalan pengajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu teori pengajaran itu dipraktikkan.(hlm. 47). Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang diguanakan. Misalnya, ketika menggunakan kaedah kulaih atau syarahan, guru juga mnggunakan teknik penceritaan.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

1. Kaedah kuliah / Syarahan

2. Kaedah Perbincangan
    - kaedah terbahagi kepada 2 jenis iaitu perbincangan formal dan perbincangan tidak   
       formal

3. Kaedah Projek
   – 3 jenis iaitu projek pengeluaran, projek pengguna, projek latih tubi.

4. Kaedah menyelesaikan masalah
    - pelajar diberi satu atau lebih masalah dan mereka  
      diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

5. Kaedah Dapatan
    - mencabar pelajar mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan
      maklumat yang kurang lengkap tentang sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan atau mencari
      jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru.

6. Kaedah permainan.
    - Kaedah ini digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pengajaran.

7. Kaedah main-peranan.
    -Kaedah ini berbentuk lakonan dan dilakukan secara spontan, Lakonan /drama ringkas ini melibatkan
      lebih daripada 2 pelajar.

8. Kaedah simulasi.
   -Dalam kaedah simulasi, pelajar menjalani proses pembelajaran dalam keadaan yang menghampiri
     keadaan sebenar.Dalam melakonkan aktiviti tersebut, pelajar akan merasai situasi yang sebenar dan akan betindak mengikut apa yang terhasil daripada aktivti yang mereka lakukan.

No comments:

Post a Comment