Popular Posts

Wednesday, September 22, 2010

DEFINISI TEKNOLOGI

DEFINISI TEKNOLOGI
1) Teknologi sebagai proses
-penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal
- proses kearah penyelesaian masalah menggunakan teknik,kaedah,reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
2) teknologi sebagai produk @ bahan
- penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri
- contoh: projektor(perkakasan),filem- perisian adalah hasil teknologi.

menurut Saettler(1990)
-Teknologi bukan penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
-Gabungan manusia, peralatan,teknik dan peristiwa bertujuan untuk memberi kesan yang baik kepada pendidikan.
- Crowel.1971: teknologi dalam pendidikan adalah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran.
-Seels dan Richey,1994 halaman 1:
'Instructional technology is the theory and practice of design development,utilization,management and evaluation of processes and resources for learning.'
-merupakan sistem yang meliputi alat dan bahan media,organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran.

CIRI-CIRI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan terangkan isi-isi pelajaran
alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar
  • tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya


  • gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan


  • tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri


  • KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
    • melicinkan pengajaran dan pembelajaran,fokus isi-isi penting kepada topik yang disampaikan
    • jimat masa,tenaga,wang
    • mengelakkan rasa bosan pelajar,kekal minat ,menghiburkan pelajar
    • mengelakkan tidak faham/salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,mendengar /menyentuh
    • membetulkan kekeliruan/salah tafsir kerana memberi gambaran menyeluruh dan jels sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
    • melibatkan pelbagai deria .penglibata kaedah mengajar.
    • membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran maksimum dengan penggunaan masa minimum.
    • memperkayakan pengalaman pelajar. 

    PRINSIP TEKNOLOGI PENDIDIKAN
    • sebagai alat bantu mengajar-bantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan
    • digunakan untuk pengajaran bukan hiburan
    • penggunaan mesti dirancang dalam 3 peringkat.
    1. Sebelum kegunaan-rancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran
    2. semasa kegunaan-merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran
    3. selepas kegunaan-merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan,kesimpulan dan penilaian
    • dipilih berdasarkan kesesuaian topik,objektif pelajaran,latar belakang pelajar,saiz kelas dan keadaan fizikal kelas.
    • Digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran samaada pengenalan topik,penerangan konsep,kesimpulan topik pelajaran@penilaian kefahaman terhadap topik.
    • Digunakan mengikut masa yang sesuai-masa dapat merangsang pembelajaran.
    • Digunakan dengan merujuk kepadanya bukan untuk menunjuk-nunjuk.
    • Selepas menggunakannya,tanggalkan supaya tidak ganggu pelajar belajar seterusnya.
    • Setelah tamat pengajaran,pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin khas.

      No comments:

      Post a Comment